Sabtu, 31 Mac 2012


PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

                   Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2012 bagi Sidang Petang oleh Unit Kaunseling ini telah diadakan pada tarikh Jumaat 9.3.2012, jam 5.30 hingga 6.40 petang di dewan sekolah. Dengan dihadiri oleh tuan Pengetua Tn. Hj. Md. Rashid Hj. Hussin majlis telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat tindak balas yang memberansangkan dari pelajar-pelajar.
                   Beberapa gimik pelancaran telah diadakan seperti penyerahan simbol kasih sayang oleh tuan Pengetua kepada pelajar, meraikan ulangtahun murid yang lahir pada 5 - 9 Mac, nyanyian lagu Hari Lahir dan juga tayangan montaj.



 Cikgu Amran Zainal menjadi pembuka bicara.

Barisan pentadbir tuan Pengetua, GPK Petang dan turut sama GKMP Teknik dan Vokasional Pn. Rosmah Mohamad Kassim serta para pelajar di dalam dewan.

Sebahagian daripada pelajar perempuan.

Sebahagian daripada pelajar lelaki.

 Tuan Pengetua sedang memberikan ucapan.
  
 Majlis dirasmikan.

Kaunselor dan guru-guru antara yang bekerja kuat untuk program ini.

 Antara guru-guru yang turut sama memeriahkan majlis.
  
Menyampaikan cenderahati kepada murid sebahagian murid yang lahir pada 5 - 9 Mac.




Penyerahan simbol kasih sayang oleh tuan Pengetua kepada wakil murid yang berbilang kaum.

Cenderahati terima kasih kepada tuan Pengetua oleh GPK Petang.
Arahan diberikan.

Sedia untuk sorakan 3 kali "KAMI SAYANG ANDA" oleh guru-guru.
Terima kasih kepada semua guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan